Halaman 3 - Israk dan Mikraj

bersambung...

Maka Palil pun heran serta ia memberi salam Assalamualaikum ya Rasullullah maka hamba pun menjawab salam Palil itu. Maka kata Palil terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba daripada masa Nabi Adam alaihissalam datang sekarang ini hanya lah tuan hamba juga. Maka Palil pun mendakap hamba serta mencium hamba maka Palil pun mengucap tasbih demikian bunyi nya

Tasbih no.23

Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat duduk di atas kursi, muka nya empat maka banyak malaikat serta nya tiada hamba tahu akan banyak nya.Malaikat itu sentiasa memandang kepada Luh MahFuz tiada ia memandang lain, jika blom datang firman Allah taala kepada nya Maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hai tulanku siapa nama nya malaikat itu, maka kata Jibrail Ya Nabi Allah inilah yang bernama Malaikat Maut, maka hamba pun memberi salam kepada nya maka tiada di sahuti salam hamba maka firman Allah taala bertapakah besar hati mu itumaka tiada engkau menyahuti salam kekasih ku itu. Setelah di dengar Izrail firman Allah taala maka segera ia menyahuti salam hamba dan mendakap hamba serta mencium hamba. Maka hamba pun bertanya kepada malaikat maut itu. Segala anak Adam itu tuan hambakah mengambil nya, maka kata malaikat maut itu ada serta hamba malaikat tujuh puluh ribu penghulunya malaikat itu di bawah hamba. Maka pada seorang penghulu malaikat itu tujuh puluh ribu pula , ia lah yang mengambil nyawa segala anak Adam  itu kerana tiada pernah hamba bergerak daripada tempat ini. Hanya lah kerja hamba memandang kepada Luz MahFuz juga, melihat surat segala anak Adam yang ada kepada Luh Mahfuz itu. Apabila hamba lihat surat di dalam Luh Mahfuz hapus maka hamba suruh ambil nyawa anak Adam itu pada seorang malaikat yang di bawah hamba itu.
Sebermula ada satu pohon kayu bernama SITJRATUL MUNTAHA nama nya, jikalau jadi seorang anak Adam di dalam dunia maka di tambahi Allah taala sehelai daun kayu itu. Adapun apabila luruh daun kayu itu sehelai, maka nescaya matilah seorang anak Adam di dalam dunia.
Syahdan jikalau lagi empat puluh hari anak Adam itu akan mati, maka luruh lah daun kayu itu setelah genap empat puluh hari hari maka matilah anak Adam di dalam dunia dan surat surat kepada Luh Mahfuz itu pun hapuslah. Maka hamba pun bertanya pula kepada Malaikat Maut itu, Muka tuan hamba yang di hadapan itu apakah guna nya. Maka kata Malaikat Maut ya Muhammad adapun muka hamba yang di hadapan ini akan mengambil nyawa Auliah Allah taala dan nyawa segala mukmin yang soleh, Dan muka hamba yang di kiri itu akan mengambil nyawa segala yang pasik dan nyawa segala yang kafir dan muka hamba yang di bawah itu akan mengambil nyawa segala yang durhaka ada pun tetekala hamba menyuruh mengambil nyawa segala anak Adam itu di hilai daripada badan nya maka malaikat maut pun mengucap tasbih demikian bunyi nya:

tasbih no. 24


Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan suatu laut, airnya putih maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail, maka kata Jibrail ya nabi Allah inilah laut ZAMHIRI nama nya air nya terlalu amat sejuk disanalah tempat segala orang yang puru dan tempat segala yang kurab.
Maka hamba lalu dari sana datang ke pintu langit yang kelima lapis ia itu daripada emas yang amat bercahaya cahaya tebal nya lima ratus tahun perjalanan jauh nya dan langit itu bernama LATHIP. Maka Jibrail dan Mikail pun berseru seru kata nya hai malaikat bukai kami pintu langit ini maka malaikat itu pun segera membuka pintu itu maka hamba dan Jibrail dan Mikail pun masuk. Maka kata malaikat itu siapa serta tuan hamba itu terlalu sekali elok rupanya. Maka kata Jibrail tiadakah engkau kenal, inilah yang bernama Nabi Muhammad Rasullullah yang kekasih Allah Azzawajalla yang tersurat nama nya pada pintu langit ini. Maka malaikat itu pun heran serta ia memberi salam Assalamualaikum ya Rasullullah, maka hamba menjawab salam malaikat itu.Maka kata malaikat itu terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba daripada masa nabi Adam alaihissalam datang sekarang ini hanyalah tuan hamba juga, maka malaikat itupun mendakap hamba serta mencium hamba, Maka malaikat itu pun mengucap tasbih demikian bunyi nya:

tasbih no. 25


Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan Nabi Ibrahim dan anak nya Ismail dan anak nya Ishak dan anak nya nabi Yaqub dan anak nya nabi Luth maka hamba memberi salam kepada sidang nabi sekelian nya itu. Maka kata sidang nabi itu terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba terlebih daripada sidang nabi sekelian nya dan berbahgialah kami sekelian bertemu dengan tuan hamba, maka sidang nabi sekelian nya mengucap tasbih demikian bunyi nya:
                          

Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat banyak sekalian nya menunduk kan kepalanya duduk dengan takut nya seorang tiada memandang kepada seorang, banyak nya hanya lah Allah taala juga yang tahu akan banyak nya, Maka sekelian malaikat itu mengucap tasbih demikian bunyi nya:

Maka hamba bertanya kepada Jobrail dan Mikail, hai tulanku apa kerja nya segala malaikat ini, maka kata Jibrail ya Muhammad tiada lain kerjanya malaikat itu tunduk takafur juga kerja nya.
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan malaikat duduk di atas Kursi, rupa nya terlalu hebat lagi besar panjang, maka hamba takut melihat dia, maka kata Jibrail dan Mikail ya Muhammad jangan tuan hamba takut kerana Allah taala hendak menunjukkan kekayaan nya kepada tuan hamba. Adapun jika di titahkan Allh taala malaikat itu turun ke bumi nescaya habislah segala isi bumi ini di makan nya demikianlah besarnya malaikat itu dan kaki nya malaikat itu sampai kepada tujuh petala bumi dan kepala nya sampai kepada tujuh petala langit. lalu kebawah Aras Allah taala dan tangan nya dari masrik sampai ke Magrib kerja nya menyiksa segala orang yang durhaka di palunya dengan cemeti api maka hancurlah segala daging mereka dan luruhlah segala tulang nya. Maka berseru seru lah segala mereka. Maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail, hai tulan ku apakah dosa orang yang demikian ini maka kata Jibrail ya Muhammad itu lah orang yang tiada menyunguhkan firman Allah taala. Maka hamba dengar tasbih malaikat itu demikian bunyi nya:
Tasbih no.28
 Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan suatu laut air nya amat hitam di dalam nya api bernyala nyala dan ombak nya bergemuruh bunyi nya amat azmatseperti halilintar. Maka hamba pun terkejut lalu pingsan maka segera di sambuti oleh Jibrail dan Mikail maka kata Jibrail dan Mikail jangan tuan hamba takut dan gentar kerana Allah taala menunjukkan kekayaan nya kepada tuan hamba,
Adapun laut ini di dalam perintah hamba maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hai tulan ku laut apa kah ini maka kata Jibrail ya Muhammad ini lah yang bernama laut Kilat nama nya.

bersambung ... di halaman 4




No comments:

Post a Comment