Bab Bismillahirahman nirrahim


Bab Bismillahirahmannirrahim

Bismillah itu Sembilan belas huruf atas bilangan malaikat yang di wakilkan menunggu neraka dan barang siapa banyak daripada menyebutkan dia nescaya di rezekikan hebat di sisi alam yang tinggi dan rendah dan ia itulah yang mendiri ia oleh Allah akan kerajaan Nabi Allah Sulaiman alaihissalam maka barang siapa menyuratkan dia enam ratus kali dan menangung oleh ia serta nya nescaya di rezekikan dia hebat di sisi hati manusia dan telah berkata oleh orang yang lain nya dan setengah daripada khasiatnya bahawasa nya barang siapa menyuratkan dia pada awal hari bulan daripada  bulan Muharam  seratus dan tiga belas kali dan menangunglah ia nescaya tiada menyampaikan oleh yang di bencikan dia selama ada umur.
Dan setegah daripada khasiat nya apabila membacakan dia oleh seorang akan dia bilangan huruf nya iaitu tujuh ratus dan delapan puloh enam kali tujuh hari yang berturut turut atas niat barang yang ia niatkan dia nescaya di sempurnakan bagi nya demikian itu daripada menarikan  kebajikan atau menolakkan kejahatan atau melakukan barang barang maka bahawasa nya jadi laku dengan izin Allah taala dan apabila dibacakan dia atas muka orang yang zalim lima puluh kali nescaya di hebatkan dia oleh Allah subahana wataala dan apabila disuratkan enam puloh satu kali dan menangungkan dia oleh orang yang tiada hidup anaknya nescaya jadi hiduplah dan sunguhnya telah di cuba demikian itu dan telah sah lah dan apabila disuratkan dia daripada Luh daripada timah  dan di hantarkan dia di dalam pukat yang memukat nescaya jadi berhimpunlah ikan itu daripada tiap tiap tempat.
Faedah : Ini suatu faedah dan aku lihat pada setengah kitab bahawasa barang siapa mendoakan dengan ini doa seratus dan delapan belas kali nescaya ditunaikan hajatnya adalah barang yang ada dan ia itu doa bismillah dan inilah


No comments:

Post a Comment