HIKAYAT NABI
MUHAMMAD ISRAK DAN MIKRAJ
Sabda Rasullulah
s.a.w ya Abbas barang siapa menyuruh dia atau membaca dia atau mendengar dia
hikayat hamba tetekala mikraj ke langit daripada permulaan datang kepada
kesudahan bahwa Allah SWT mengampuni segala dosa nya seperti pohon kayu yang
lurus daun nya daripada ranting nya. Demikianlah Ini hikayat Rasullulah s.a.w
bersabda kepada Abbas r.a dengan
segala sahabat nya sekelian itu demikianlah lurus segala dosa nya mereka dari
tubuh nya.
Sebermula
firman Allah taala kepada Jibrail dan Mikail pergilah kamu kedua turun kedunia
kepada kekasih ku iyani Muhammad katakana aku hendak bertemu dan aku hendak
berkata kata dengan kekasih ku dan pergilah engkau kedalam syuga ambil oleh
mahkota dan burak di dalam syuga yang baik rupanya seekor pililah oleh mu
daripada burak yang banyak bawakan kekasih ku kedunia maka Jibrail dan Mikail
pun pergilah ke dalam syurga. Setelah ia datang ke pintu syuga maka ia pun
berseru seru kata nya Hai Malik Ridwan bukai kamu pintu syurga ini. Maka ujar
Malik Ridwan siapa kamu di luar pintu itu Maka sahut Jibrail, hamba Jibrail dan
Mikail setelah di dengar oleh Malik Ridwan maka segera di buka pintu oleh Malik
Ridwan maka Jibrail dan Mikail pun masuk
kedalam syurga maka di ambil
mahkota dan pakaian sundusi waistabarak
dan seekor burak yang baik dari segala burak yang lain maka di bawa nya keluar
dari dalam syurga maka Jibrail dan Mikail pun turun ke dunia serta tujuh puloh
ribu malaikat yang berserta nya setelah ia datang kepada nabi Muhammad SAW maka
Jibrail dan Mikail pun memberi salam kepada Rasullullah sallalah alaihi
wassalam maka di sambut nya Nabi Muhammad SAW salam Jibrail dan Mikail itu.
Sebermula yang di ceritakan oleh orang yang ampunya cerita ini demikianlah bunyi nya:
Adapun pada
masa itu Rasullullah SAW lagi di rumah Ummu Hani anak Abu Talib lagi berbaring
setelah di lihat Nabi Muhammad Jibrail dan Mikail itu maka Rasullullah pun
segera bangun duduk. maka ujar Jibrail dan Mikail adapun hamba kedua datang
membawa firman Allah taala menyuruh memangil tuan hamba naik ke langit kerana
Allah taala hendak menunjukkan segala kekayaan nya yang indah indah yang tiada
pernah tuan hamba lihat kerana tiada pernah nabi yang lain nya beroleh
kemuliaan demikian ini hanyalah tuan hamba juga .
Maka ujar Jibrail dan Mikail
ya Rasullullah SAW baiklah tuan hamba mengambil air sembahyang dan sembahyang
dua rakaat salam. Setelah itu maka Rasullulah saw pun sembahyang setelah sudah
maka ujar Jibrail dan Mikail ya rasullulah saw tundukkan kepala tuan hamba maka
hamba pun tundukkan kepala hamba maka di pakaikan oleh Jibrail mahkota di
kepala hamba dan Mikail mengenakan pakaian
sundusi
waistabarak pada hamba. Setelah itu maka ujar Jibrail ya nabi Allah
naiklah tuan hamba keatas burak ini. Maka hamba lihat burak itu seperti manusia
mukanya dan tubuh nya seperti kuda bau ia harum seperti bau kasturi dna warna
bulunya seperti kuma kuma dan mutia dan kaki nya daripada manikam yang merah
yang amat bercahaya dan pelananya daripada sepuluh mutu. Maka Rasullulah
bersabda kepada Jibrail hai tulanku binatang apa kah ini maka ujar Jibrail dan
Mikail ya nabi Allah inilah yang bernama burak kenderan tuan hamba maka Jibrail
pun memegang kepak nya burak itu dari kanan dan Mikail memegang kepak burak itu
dari kiri. Maka hamba pun hendak naik keatas burak itu maka burak itu pun tiada
mau hamba naik nya serta mengeriak riak menguling guling akan diri nya maka
Jibrail dan Mikail dan segala malaikat heran melihat kelakuan burak itu. Maka
kata Jibrail dan Mikail hai burak tiadakah engkau kenal nabi Muhammad kekasih
Allah ajawataala mengapa maka engkau tiada mau di naikki Rasullullah saw kerana
iyalah yang terlebih daripada segalavnabi yang lain jangan menjadikan diri mu
celaka Maka burak itu pun berkata seperti manusia dengan baik suara nya ya
junjungan ku adapun hamba mengerik gerik itu bukan hamba tiada mau dinaiki oleh
junjungan ku kerana hamba minta kepada junjungan ku pada hari kiamat janganlah
kenderan burak yang lain daripada hamba mu hendaklah junjungan ku berjanji
sekarang ini dengan hamba mu. Setelah itu maka Rasullullah saw pun memandang
kepada Jibrail dan Mikail maka ujar Jibrail ya nabi Allah berjanjilah tuan
hamba dengan burak itu Maka hamba pun bersabda kepada burak itu demikianlah hai
burak tiadalah aku mengendarai burak yang lain pada hari kiamat maka burak itu
pun terlalu sukacita ia setelah itu maka ujar Jibrail dan Mikail ya Nabi Allah
jika ada suara dari kanan jalan dana tau dari kiri jalan janganlah tuan hamba
sahut. Maka hamba pun di terbangkan oleh burak itu.
Adapun
tetekala hamba mikraj ke langit itu kepada dua puluh tujuh haribulan Rejab yang
di amalkan di dalam negeri Mekahtul musarafah dan
didalam negeri Madinahtul munawarah dewasa ini lah pada malam isnin tetekala
hamba dari rumah Umu Hani anak Abu Talib.
Setelah itu
hamba pun lihat malaikat terlalu banyak maka hamba pun memberi salam kepada
segala malaikat itu maka di sahuti salam hamba oleh segala malaikat itu maka
hamba dengar tasbih malaikat itu demikian bunyi nya.
Erti nya
Maha suci Allah Subahanallahu wataala daripada segala barang yang tiada layak
bagi nya ialah yang menjalankan hamba nya dan kekasihnya iatu Nabi Muhammmad
rasullullah s.a.w daripada Masjidil Haram sampai kepada Masjidil Aqsa dan Baitul
Muqadis kami berkat pada sekelian nya daripada kesenagan dan kemurahan supaya
kami melihat akan dia daripada alamat kudrat kami bahawasanya Allah taala amat
mendengar segala yang maujud dan segala perkataan hamba nya sama ada zahir atau
batin.
Setelah itu
maka Jibrail dan Mikail pun tiada hamba lihat maka di kembangkan sayap nya
kedua maka di terbangkan nya hamba seperti kilat yang maha tangkas Maka hamba
pun hairan akan diri hamba seketika maka hamba dengar suara dari kanan jalan
demikian kata nya “Hai Muhammad hendak kemana tuan hamba” maka tiada hamba
sahuti dan hamba toleh pun tiada. Maka seketika lagi hamba dengar suara dari
kiri demikian kata nya siapa serta tuan hamba itu maka tiadalah hamba sahuti
dan hamba toleh Katanya Hi Muhammad nantikan tuan hamba hendak mengatakan warta
yang baik pada tuan hamba itu. Maka tiadalah hamba sahuti dan hamba toleh pun
tiada.
Maka setelah
itu hamba pun sampai kepada Baitul Muqaddis tiba tiba hamba dan Jibrail dan
Mikail dan malaikat pun datang serta membawa tabuk dua buah berisi piala di
dalam nya suatupiala berisi susu dan suatu piala berisi haram maka di hantankan
nya kepada hamba ujar Jibrail dan Mikail ambil lah munumlah tuan hamba salah
satu dari dua piala ini. Maka hamba ambil suatu dari piala yang berisi susu itu
hamba minum tiada habis hamba minum tinggal lagi sedikit. Maka ujar Jibrail dan
Mikail Ya Muhammad terlalu sekali bahagia nya tuan hamba, Piala yang berisi
susu itu tuan hamba minum maka ujar hamba hi tulanku Jibrail dan Mikail tinggal
sedikit susu itu hamba minum maka ujar Jibrail dan Mikail Ya Muhammad jikalau
habis tuan hamba minum nescaya segala umat tuan hamba masuk syurga semua nya
Maja ujar hamba jika demikianlah biar hamba minum di habihkan maka ujar Jibrail
dan MikailYa Muhammad tiada harus di ulangi lagi sebab itulah umat tuan hamba
ada yang masuk syurga dan ada yang masuk neraka seperti firman Allah taala di
dalam quran.
Adapun piala
yang berisi haram itu haramlah kepada umat tuan hamba. Setelah itu maka ujar
Jibrail dan Mikail ya Muhammad adakah tuan hamba mendengar suara dari kanan dan
dari kiri jalan adakah tuan hamba melihat seorang perempuan baik paras nya maka
ujar hamba ada tetapi sekelian nya itu tiada hamba menoleh nya maka ujar
Jibrail terlalu sekali bahagia nya tuan hamba terlebih daripada sidang nabi
sekelian nya. Bermula jika ada suara yang di kanan jalan itu tuan hamba sahuti
nescaya segala umat tuan hamba jadi Yahudi dan jika suara yang kiri jalan itu
tuan hamba sahuti nescaya segala umant tuan hamba jadi Nasrani dan jika
perempuan itu tuan hamba sahuti nescaya umat tuan hamba jadi Asi tiada berbuat
ibadah kepada Allah taala kerana perempuan itu umpama dunia. Maka hamba pun
mengucap syukur kepada Allah taala. Alhamdulillahi rabbil a’alamin
Setelah demikian hamba dan Jibrail dan Mikail dan segala
Malaikat pun masuk ke Baitul Muqkaddis maka ujar Jibrail dan Mikail Ya
Rasullullah baiklah tuan hamba sembahyang dua raka’at serta sidang nabi
sekelian. Maka hamba pun hendak melangkah ke atas batu hendak mengambil air
sembahyang maka batu itu pun mengerik gerik serta mengerak kan diri nya tiada
mau hamba jejak maka ujak hamba kepada batu itu “Hi batu apa sebab nya engkau
tiada mau hamba jejak” maka berkata batu itu ‘Ya Muhammad seribu tujuh ratus
tahun lama nya hamba terhantar di sini tiada pernah kaki manusia berjejak di
atas hamba membasuh kaki nya bahawasanya hari ini tapak kaki junjungan ku
berjejak di atas hamba’.
Setelah hamba mendengar kata batu itu maka hamba pun minta
doa kepada Allah Subahanallah Wata’ala maka di perkenankan doa hamba maka kata
hamba kepada batu itu hi batu tiadalah kaki manusia yang lain berjejak di atas
mu maka batu itu pun terlalu sukacita mendengar kata hamba itu maka hamba pun
mengambil air sembahyang maka hamba pun sembahyang di dalam Masjid Baitul
Muqaddis serta hamba jadi imam sidang nabi nabi sekelian mengikut di belakang
hamba sembahyang.
Hatta dengan takdir Allah ta’ala dengan berkat doa hamba maka
batu itu pun naik ke udara antara bumi dengan langit di sanalah ia diam kira
kira tengah tiga ratus tahun perjalanan demikianlah jauh nya.
Setelah sudah hamba sembahyang dengan sidang nabi nabi
sekelian maka ujar Jibrail dan Mikail akan hamba, naiklah tuan hamba ke atas
burqa itu maka burqa itu itu pun terbang seperti kilat yang maha tangkas. Maka
hamba pun sampai kepada laut antara bumi dengan langit. Laut ini warna nya
hijau maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail Hai tulan ku laut manakah
ini maka kata Jibrail dan Mikail Ya Muhammad inilah antara dunia dan langit.
Maka hamba lalu dari sana maka hamba sampai kepada pintu
langit yang pertama maka Jibrail dan Mikail pun berseru seru kata nya hai
Ismail bukai kami pintu langit ini maka ujar Ismail siapa kamu di luar pintu
itu maka sahut Jibrail dan Mikail hamba Jibrail maka Ismail pun dengan segera
membuka pintu langit itu maka hamba dan Jibrail dan Mikail pun masuk ke langit
itu. Maka ujar Ismail hi Jibrail siapakah serta tuan hamba itu terlalu sekali
elok rupa nya maka kata Jibrail tiadakah engkau kenal inilah yang bernama Nabi
Muhammad Rasullullah kekasih Allah azzawajala yang tersurat nama nya pada pintu
langit ini. Maka Ismail pun heran serta ia memberi salam Assalamualaikum ya
Rasullullah Maka hamba pun menjawab salam Ismail maka ujar Ismail Ya Muhammad
terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan hamba tiada pernah nabi yang lain beroleh kurnia Allah ta’ala azzawajala demikian ini daripada nabi Adam
Alaihissalam datang sekarang ini hanya lah tuan hamba juga maka hamba pun
bertanya kepada Jibrail dan Mikail hi tulan ku Jibrail apakah nama nya langit ini maka ujar Jibrail dan Mikail Ya Muhammad
inilah yang bernama Ra’afik tebal nya 500 ratus perjalanan Maka hamba dengar
bunyi tasbih malaikat itu demikian bunyi nya
Maka hamba lihat malaikat banyak berdiri bersaf-saf tiada
siapa yang tahu akan banyak nya hanya Allah ta’ala azzawajala seperti firman
Allah ta’ala di dalam quran
Maka hamba dengar tasbih malaikat itu demikian bunyi nya:
Maka apabila dating nyawa segala kafir maka kata nabi Adam
datanglah nyawa celaka maka di suruh bawa kepada tujuh petala bumi.
Maka hamba pun memberi salam kepada nabi Adam maka di
jawabnya salam hamba serta kata nya terlalu sekali kurnia Allah taala akan tuan
hamba tiada pernah nabi yang lain beroleh kurnia Allah taala seperti tuan hamba
ini Maka hamba dengar tasbih malaikat dan nabi Adam demikian bunyi nya
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan orang banyak di
siksa bibir seperti unta , mulut nya di tuangi dengan tembaga yang hancur
daripada api neraka. Ia mengerik gerik terlalu amat sangat maka hamba bertanya
kepada Jibrail dan Mikail, Hi tulan ku apa dosanya orang ini maka kata Jibrail
ya Muhammad itulah orang makan harta anak yatim di dalam dunia. Maka hamba lalu
dari sana bertemu dengan orang perempuan di kail susunya maka di gantung
sungsang maka di bawah nya api beryala nyala maka perempuan itu mengerik gerik
terlalu amat sangat maka hamba bertanya kepada Jibrail hai tulan ku apakah dosa
nya orang ini. Maka kata Jibrail ya Muhammad itulah perempuan yang menduakan
suami nya dan berzina dan membuangkan anak di dalam perut nya tetekala di
dunia. Maka hamba lalu dari sana bertemu orang banya di siksa mulut nya di
suapi dengan kalong dari pada api neraka maka ia mengerik gerik yang amat
sangat maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hi tilan ku apakah dosa
nya orang ini maka kata Jibrail ya Muhammad itulah orang yang meningalkan
isterinya yang halal maka ia pergi kepada yang haram.
Maka hamba pergi dari sana bertemu dengan orang banyak di
rantai dan hancur segala daging nya bertimbun timbun maka ia rebah bangun tiada
dapat berdiri betul. Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan orang banyak
disiksa terlalu banyak di siksa ada yang duduk di atas dulang api, ada yang
duduk di atas api dan ada yang di guling guling oleh api dan ada yang di bakar
mulut nya dengan dengan api dan ada yang di masukkan kedalam api yang beryala
nyala Maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hi tulan ku apakah dosanya
orang ini maka kata Jibrail ya Muhammad inilah orang yang tiada menurut firman
Allah taala dan yang duduk di atas dulang api itu segala raja raja yang aniaya
dan mengambil harta nak yatim dan membunuh orang orang. Adapun yang duduk di
atas api itu dan di guling guling dengan api itu segala orang besar besar yang
tiada adil dan kadi yang tiada adil dan yang di masukkan di dalam api yang
bernyala nyala itu segala orang yang bernyayi nyayi dan berdangsi, rebah dan
kecapi, danda, murai, serdam bangsi kupuk kupuk circap tiada ia ingat akan
Allah taala dan yang di masukkan api kedalam mulutnya itu, itu lah orang yang
dengki dan orang yang berbuat fitnah sesama nya manusia.
Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan orang banyak di
siksa bau nya terlalu amat busuk dan bibirnya yang di bawah berjuntai sampai
kepada kaki nya dan penuh dengan nanah dan darah meleleh dan berulat maka di
kena rantai dan belegu dan mulut nya itu di tuangi dangan tembaga yang hancur
maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hi tulan ku apakah dosa nya orang
itu. Maka kata Jibrail ya Muhammad itulah orang yang durhaka kepada Allah Taala
di dalam dunia tiada menurut firman Allah taala dan tiada percayakan pesuruhnya
ia itu Nabi Muhammad Rasullullah. Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan
padang maha luas maka penuh sesak orang di dalam padang itu semua nya di makan
api hancur segala daging nya maka hamba bertanya kepada Jibrail dan Mikail hai
tulanku apakah dosanya orang itu maka kata Jibrail ya Muhammad itulah orang
yang durhaka kepada ibubapanya. Maka hamba lalu dari sana bertemu dengan dengan
dua orang malaikat hitam muka nya lagi hebat rupanya dan suara nya seperti
guruh dan mata nya seperti api beryala nyala maka hamba pun gementar meliat dia
ada pun jika di palu nya cakmarnya itu pada bukit nescaya menjadi abu maka
hamba dengar bunyi tasbih nya
Maka hamba pun bertanya kepada Jibrail dan Mikail Hi tulan ku
siapakah nama malaikat itu maka kata Jibrail ya Muhammad inilah yang bernama
Mungkar wa Nakir.
Ialah yang menayai segala manusia di dalam kubur nya maka
kata Jibrail demikian kata nya
Ertinya
Siapa Tuhanmu dansiapa Nabi mu dan siapa Imam mu dana pa agama mu dan di mama
kiblat mu dan siapa saudara mu
jika tahu menjawabnya lepaslah daripada bahaya
cakmar nya itu, maka kata Jibrail jawab
Ertinya
bermula Allah taala itu tuhan ku dan Nabi Muhammad Nabi ku dan Islam Ugama ku
dan Quran Iman ku dan Kaabahtullah kiblatku dan segala Islam saudaraku.
Jika
demikian jawab nya itu lepaslah dripada bahaya cakmar nya itu. Maka hamba lalu
dari sana bertemu seekor ayam jantan terlalu baik rupanya dan berbagai bagai
rupa bulunya sebanyak bulu ayam di dalam dunia ini adalah pada yam itu dan
suara nya ayam itu berkokok terlalu amat merdu bunyi nya dan kepala ayam itu
amat tinggi datang kepada Arasy Allah Taala dan warna nya hijau pada kepala
nya, maka ayam itu mengucap tasbih demikian bunyi nya
bersambung...
No comments:
Post a Comment